Sunday 4 December 2011

Makanan beralkali baik untuk badan

 Nak share info kesihatan yang saya dapat dari sini.
(Selamat membaca  ^_^)

MENGIKUT pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan.


Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga 7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.

Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan beralkali, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.


Makanan berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh hijau), kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam badan.
 Asidosis ialah keadaan di mana pH badan menjadi berasid yang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:



  • Tekanan (emosi, kerja, pelajaran, kewangan dan sosial)




  • Pencemaran




  • Gaya hidup tidak aktif




  • Pemakanan, terutama jika banyak mengambil makanan berasaskan haiwan, kopi, teh, minuman berkarbonat Kajian Universiti California di San Francisco ke atas 9,000 wanita mendapati, mereka yang ada masalah asidosis teruk berisiko tinggi untuk mengalami kehilangan tulang berbanding wanita yang mempunyai paras pH normal.





  • Penyelidik percaya banyak kes keretakan tulang pinggul yang berlaku pada wanita ada kaitan dengan masalah badan terlalu berasid yang berpunca daripada pemakanan kaya sumber haiwan (daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu) serta kurang pengambilan sayur-sayuran.Katanya, apabila berasid, badan bertindak balas untuk mengurangkan keasidan melalui tiga laluan iaitu:





  • Buah pinggang — air kencing. Lebih banyak kita minum air (sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu setengah liter sehari) lebih baik kerana ia menyingkir bahan buangan yang boleh menjadikan darah berasid.  





  • Tulang — kehilangan kalsium. Jika tiada usaha mengurangkan paras keasidan dalam badan, badan mengambil kalsium daripada tulang untuk mengembalikan kealkalian darah ke paras normal.




  • Pernafasan — Apabila bernafas, kita mengeluarkan karbon dioksida daripada badan. Pengeluaran karbon dioksida menjadi lebih cepat dan teratur melalui senaman dan teknik pernafasan betul. Senaman yang mementingkan teknik pernafasan seperti yoga, tai chi dan qi gong sangat baik untuk diamalkan kerana ia juga menenangkan fikiran.
    “Bahagian berasid dalam badan kita ialah di perut. Perut menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai pH 3 untuk mencernakan makanan. Makanan yang dicerna kemudian dipindahkan ke usus kecil yang bersifat alkali. Ini sebabnya kita perlu mengambil lebih banyak makanan beralkali kerana makanan berasid boleh menjejaskan pencernaan,” katanya ketika pelancaran alat untuk memberi ion alkali pada air, iOsis MedKlinn.




  • Ion alkali yang terkandung dalam air minuman boleh memasuki sel untuk ‘membersihkan’ bahan berasid untuk menghalang keadaan asidosis berlaku. Minum air beralkali secara tetap mempunyai tiga manfaat iaitu:





  • Membantu mengurangkan berat badan (dengan melancarkan proses pencernaan)





  • Memperlahankan proses penuaan (dengan mencegah penyakit kerana penyakit antara faktor yang mempercepatkan penuaan badan)





  • Membantu mencegah penyakit kemerosotan organ seperti kencing manis “Konsep air alkali untuk penjagaan kesihatan bukan baru. Ia dipelopori penyelidik Jepun dari Universiti Shiga yang mendapati pH optimum untuk air minuman (untuk penjagaan kesihatan) ialah antara pH 8 hingga pH 9.5. Atas penemuan ini kerajaan Jepun membekalkan air paip beralkali kepada penduduknya sejak lebih 50 tahun lalu.
     “Ia juga baik untuk wanita hamil kerana ketika mengandung, badan ibu kehilangan mineral alkali untuk disalurkan ke dalam uri bagi memastikan air ketuban sentiasa dalam keadaan beralkali kerana janin menghasilkan najis yang menyebabkan air ketuban berasid.
    “Keadaan ini berterusan selama sembilan bulan dan jika tiada langkah diambil, iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat, kesihatan ibu terjejas. Tahap keasidan tinggi dalam badan ibu menyebabkan mereka muntah atau mengalami mabuk hamil,” katanya.

     
    Selain air, ada cara lain boleh diamalkan untuk menjaga tahap kealkalian badan iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi, terutama yang bergoreng. Jumlah disarankan ialah lima hidangan sayur dan buah sehari dengan memberi tumpuan terhadap sayur-sayuran berdaun hijau.

    Ini kerana sayur-sayuran hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan penting untuk mencegah kanser dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak normal ini.

    Secara umumnya individu mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu melebihkan makanan beralkali kerana makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi vitamin dan mineral diperlukan badan.

    Pada masa sama kurangkan pengambilan minuman seperti kola, soda, minuman berkarbonat dan sukan, teh, kopi dan alkohol yang semuanya bersifat berasid. Segelas kola yang mempunyai pH 2.5 memerlukan 32 gelas air untuk menjadikannya neutral.



  • Wednesday 30 November 2011

    Cerita tentang kereta

    Cerita tentang kereta yang tidak sampai 4 bulan pakai dah x boleh pakai cd player. Sebab apa? sebab anakku yang buat eksperimen masukkan duit syiling ke dalam cd player tu. bijak2...setelah berminggu-minggu barulah suami berkesempatan hantar ke pusat servis (nasib baikla under warranty lagi). Sebelum ni mmg dah buat eksperimen masukkan syiling ke dalam ruang saluran aircond. tapi nasib baik yg tu tak effect apa2. Time anak masukkan syiling tu kami suami isteri syok bersembang..tanpa disedari Aqil secara diam2 buat kerja dia....apa boleh buat sementara mau besar mcm tu la kan...

    So, 1-2 bulan ni memang x boleh dengar la radio dan cd/usb player. sabaq ja la....

    Monday 12 September 2011

    Selamat Hari Raya ~ 1432 Hijrah

    Assalamualaikum Wbt Semua.

    Masih belum terlambat rasanya mau ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua rakan pembaca blog ku. Hari ni sudah 14 Syawal 1432 Hijrah. Hari Raya tahun ni aku beraya di kampung halaman abang (sistem penggiliran :P). tahun depan giliran aku pula...yang bestnya, Hari Raya Haji tahun ni, aku akan balik to my hometown. nda sabar rasanya. kali ini semua adik2 ada. yang di Labuan dan Taiping pun balik KK. So bolehlah kalau mau plan aktiviti keluarga.. ^ ^

    Hari Raya di Kedah meriah seperti tahun2 sebelum ni. Biasanya Hari Raya pertama rumah  mak mesti meriah dgn kunjungan tetamu yang tidak putus2 dari pagi sampaila ke malam. :) Tugas aku?  tahun  ni aku sumbangkan 2 biji kek dan muffin choc chips... yang lain aku jadi tukang tolong saja. hehehe.

    Hari Raya ke 4. Aku ada buat sedikit juadah iaitu bihun sup utara dan sedikit juadah sampingan.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang ye...sori yang mana terlupa nak jemput ...aku alu-alukan kehadiran u all bila2 saja...rumah sentiasa terbuka...



     Pinjam Design Kad dari Intenet

    Sunday 17 July 2011

    Bulan yang Penat!

    Assalamualaikum Wbt semua...

    Tengok tajuk mesti u all tau sudah kan? Bulan ni bulan yang bz bagi aku....tapi tetap bersyukur kerana ada orang lain yang lebih bz..:)...bulan ni saja beberapa kali outstation dengan pelbagai agenda..hands-on,kursus,meeting,etc...so kerapla ulang alik hantar anak2 di kampung. tambah pula hari ni aqil demam lagi...weekend ni pulak akan ke KL lagi..tapi kali nie pegi utk tujuan peribadi..rasanya x bulih postpone. Have to setel before fasting month.

    Alangkah bestnya kalau sekarang ni tengah dalam spa...kena urut sambil2 dengar lagu yang menenangkan...bila la dapat pegi nie..(Wish one fine day!)...dan satu lagi berharap juga abang dapat transfer berdekatan dengan rumah dapatlah tengok anak2 sama dan bantu buat kerja2 rumah....

    Berita baiknya adalah...on 25hb ni mama datang ke Kedah&Taiping lagi (^^) baru selesai beli ticketnya Nasibla mama jenis berani naik flight sorang2 (mcm rumah kedua di sini sudah). so mau kautim dgn adik siapa yang bulih ambil mama nanti...

    Aku mcm gambaran di atas agaknya ya...huhuhu
    

    Friday 1 July 2011

    Taiping & Bukit Merah

    Cuti Israk Mikraj baru-baru ni aku pegi rumah adik Dayang Nadzirah di Taiping...hantar dia balik dan kami pun nk berjalan jugak...lama x pegi rumah dia...so bermalam la kat rumah dia 1 mlm. esoknya on the way balik kami singgah Bukit Merah..bawak budak2 ni mandi manda...x ramai orang..so best la mandi..kebetulan pula terjumpa Puan Azni and da geng pejabat (Zon 5) ...

    Yang terlebih excited anak2 la..sehari sebelum asyik tanya saja trutamanya c kakak...penat menjawab.


    Inila muka-muka anak2 ku yang tengah seronok..tgk muka Aqil yang kepenatan tu..2 kali muntah la juga..apa nda terminum air, nak pegang dia x mau...tgk dahi yang lebam tu..tu pun sbb jatuh 4 hari lepas..terkena pintu  rumah..kes berlari x mau buka baju nk mandi...Sabar ja la...

    Friday 24 June 2011

    Aktiviti di Hujung Minggu

    Assalamualaikum wbt.

    Lama rasanya aku x update blog. Belum berkesempatan. Pagi nie Breakfast nasi goreng, sausage, carrot cake,  milo panazz. Slurrp. Sodapp. Ditambah pulak ramai-ramai. 2 minggu ni adik aku Dayang Nadzirah stay kat rumah, meriahla skit daripada hari-hari sebelum. Dapatlah bercerita panjang, cerita hal dulu2 dan sekarang.....lucu pun ada ^^.

    Hari ni jgk hari yang bz..biasalah aktiviti mengemas rumah di hujung minggu. lepas ja breakfast....aktiviti seterusnya ialah Vacuum rumah yang rasanya bulih tahan jgk habuk..especially bawa sofa...kaw2 pun habuk. hehehe...plus dengan mainan Aqil+Aqilah yang dah masuk 4 bakul...ikut hati nak buang ja...tapi last2 sayang nak buang....:P,  Lepas Vacuum pula Mop Lantai dari dapur hingga la ke ruang Tamu....barulah nampak berkilat skit lantai aku nie....ehhehe...Bila dah start mengemas mulalah mata nie x tahan tengok kotor skit...aku sambung plak dengan lap Kabinet TV dan Cermin Sliding Door....Fuh pecah peluh betul hari nie.


    Dah setel semua baru hati senang skit tgk rumah. tu baru tingkat bawah yer..tingkat atas belum lagi..ermm yg tu petang2 skit la pulak..memandangkan petang nie x balik kg. Oklah yer tu ja entri kali nie..see ya next entry ^ ^

    Sunday 5 June 2011

    Time bersama keluarga

    Assalamualaikum Wbt.

    Minggu nie adalah minggu bersama keluarga dari KK. Banyak perancangan kononnya minggu nie..harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Apply cuti > sudah kena approve . Thanks Boss! Hujung minggu ni mau pigi Taiping pulak..Lepas tu pigi KL (ada urusan sket) ... Anak-anak tersayang...sila behave semua ya...

    See Yaa Next time...Adioss...!