Wednesday 30 March 2011

Masak

Minggu ni hari yang rajin la pulak. Bukan rajin apa, tapi rajin nak memasak. Angin kus-kus mana datang tah...hehehe. Selama ni terus terang, memang la aku jarang memasak. Hujung minggu pun boleh dibilang dengan jari dalam masa setahun. kalau tong gas tu rasanya 1 tong hanya 2 kali bertukar dalam tempoh setahun. Beras 10kg 4-5 bulan baru nak habis. membuktikan betapa dapurku jarang berasap hahaha.

Walaubagaimanapun berkat support kawan yang minat memasak dan siap bagi resepi yang sedap-sedap belaka maka aku pun macam bersemangat waja pulak. Anyway thanks to Mursyidah Mahjuddin ya! nanti bagi lagi resepi-resepi lain. ;)

Semalam masak Nasi Ayam, kebetulan Abang (husband) ada di rumah. Kebiasaannya Abang akan balik dlm 2-3 hari sekali (Nasib badan suami kerja di seberang laut). Abang pun puji masakan...lagi bersemangat la lepas ni nak masak ahaks!

Selepas ni ingat nak berazam lebihkan memasak di rumah. Kesian pulak kat suami dan anak-anak yang asyik makan makanan kat luar ja. Apapun semoga semangat ni sentiasa berkobar kobar.. InsyaAllah..Aminn...

Monday 28 March 2011

Kali Pertama

Bismillahirrahmannirrahim.

Hanya ingin mencuba sesuatu yang baru. Kalau selama ini hanya membaca blog orang lain, hari ni aku telah merealitikannya. Sebenarnya tak pandai menulis dan bukan minat pun, cuma teringin mencuba untuk sesuatu yang baik. Mungkin satu permulaan untuk aku mula memberikan pendapat, komen dan berkongsi apa jua perkara yang baik.Betul tak? apapun semoga kita semua dapat sharing the knowledge, opinion kearah kebaikan bersama.

Wassalam.

7 Sunnah Rasulullah SAW

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam.

Sumber : http://www.rileks.info/coollist/2009/02/7-sunnah-rasulullah-saw/