Wednesday 30 March 2011

Masak

Minggu ni hari yang rajin la pulak. Bukan rajin apa, tapi rajin nak memasak. Angin kus-kus mana datang tah...hehehe. Selama ni terus terang, memang la aku jarang memasak. Hujung minggu pun boleh dibilang dengan jari dalam masa setahun. kalau tong gas tu rasanya 1 tong hanya 2 kali bertukar dalam tempoh setahun. Beras 10kg 4-5 bulan baru nak habis. membuktikan betapa dapurku jarang berasap hahaha.

Walaubagaimanapun berkat support kawan yang minat memasak dan siap bagi resepi yang sedap-sedap belaka maka aku pun macam bersemangat waja pulak. Anyway thanks to Mursyidah Mahjuddin ya! nanti bagi lagi resepi-resepi lain. ;)

Semalam masak Nasi Ayam, kebetulan Abang (husband) ada di rumah. Kebiasaannya Abang akan balik dlm 2-3 hari sekali (Nasib badan suami kerja di seberang laut). Abang pun puji masakan...lagi bersemangat la lepas ni nak masak ahaks!

Selepas ni ingat nak berazam lebihkan memasak di rumah. Kesian pulak kat suami dan anak-anak yang asyik makan makanan kat luar ja. Apapun semoga semangat ni sentiasa berkobar kobar.. InsyaAllah..Aminn...

6 comments:

  1. Nnt saya plak blajar masak resepi Sabah kat Norm..berkat air tangan Norm, semakin erat lah hubungan kekeluargaan nnt..Amin. Bila nak masak kat geng2 plak?...hehe

    ReplyDelete
  2. sya pun.. nnt dapur saya dh siap.. br nk rajin masak.. heheh..

    ReplyDelete
  3. Mur, masakan sabah simple aja. masak untuk geng tu kena buat beberapa kali percubaan. dah konfident baru bawak..haha

    ReplyDelete
  4. Has, eloklah tu dapur baru musti lagi berkobar kobar nak masak...:)

    ReplyDelete
  5. sekali sekala memasak best kan! hehe

    ReplyDelete
  6. ya ila..best memasak sendiri rupanya...ada kepuasan tersendiri!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda