Monday, 12 September 2011

Selamat Hari Raya ~ 1432 Hijrah

Assalamualaikum Wbt Semua.

Masih belum terlambat rasanya mau ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua rakan pembaca blog ku. Hari ni sudah 14 Syawal 1432 Hijrah. Hari Raya tahun ni aku beraya di kampung halaman abang (sistem penggiliran :P). tahun depan giliran aku pula...yang bestnya, Hari Raya Haji tahun ni, aku akan balik to my hometown. nda sabar rasanya. kali ini semua adik2 ada. yang di Labuan dan Taiping pun balik KK. So bolehlah kalau mau plan aktiviti keluarga.. ^ ^

Hari Raya di Kedah meriah seperti tahun2 sebelum ni. Biasanya Hari Raya pertama rumah  mak mesti meriah dgn kunjungan tetamu yang tidak putus2 dari pagi sampaila ke malam. :) Tugas aku?  tahun  ni aku sumbangkan 2 biji kek dan muffin choc chips... yang lain aku jadi tukang tolong saja. hehehe.

Hari Raya ke 4. Aku ada buat sedikit juadah iaitu bihun sup utara dan sedikit juadah sampingan.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang ye...sori yang mana terlupa nak jemput ...aku alu-alukan kehadiran u all bila2 saja...rumah sentiasa terbuka...



 Pinjam Design Kad dari Intenet

Sunday, 17 July 2011

Bulan yang Penat!

Assalamualaikum Wbt semua...

Tengok tajuk mesti u all tau sudah kan? Bulan ni bulan yang bz bagi aku....tapi tetap bersyukur kerana ada orang lain yang lebih bz..:)...bulan ni saja beberapa kali outstation dengan pelbagai agenda..hands-on,kursus,meeting,etc...so kerapla ulang alik hantar anak2 di kampung. tambah pula hari ni aqil demam lagi...weekend ni pulak akan ke KL lagi..tapi kali nie pegi utk tujuan peribadi..rasanya x bulih postpone. Have to setel before fasting month.

Alangkah bestnya kalau sekarang ni tengah dalam spa...kena urut sambil2 dengar lagu yang menenangkan...bila la dapat pegi nie..(Wish one fine day!)...dan satu lagi berharap juga abang dapat transfer berdekatan dengan rumah dapatlah tengok anak2 sama dan bantu buat kerja2 rumah....

Berita baiknya adalah...on 25hb ni mama datang ke Kedah&Taiping lagi (^^) baru selesai beli ticketnya Nasibla mama jenis berani naik flight sorang2 (mcm rumah kedua di sini sudah). so mau kautim dgn adik siapa yang bulih ambil mama nanti...

Aku mcm gambaran di atas agaknya ya...huhuhu


Friday, 1 July 2011

Taiping & Bukit Merah

Cuti Israk Mikraj baru-baru ni aku pegi rumah adik Dayang Nadzirah di Taiping...hantar dia balik dan kami pun nk berjalan jugak...lama x pegi rumah dia...so bermalam la kat rumah dia 1 mlm. esoknya on the way balik kami singgah Bukit Merah..bawak budak2 ni mandi manda...x ramai orang..so best la mandi..kebetulan pula terjumpa Puan Azni and da geng pejabat (Zon 5) ...

Yang terlebih excited anak2 la..sehari sebelum asyik tanya saja trutamanya c kakak...penat menjawab.


Inila muka-muka anak2 ku yang tengah seronok..tgk muka Aqil yang kepenatan tu..2 kali muntah la juga..apa nda terminum air, nak pegang dia x mau...tgk dahi yang lebam tu..tu pun sbb jatuh 4 hari lepas..terkena pintu  rumah..kes berlari x mau buka baju nk mandi...Sabar ja la...

Friday, 24 June 2011

Aktiviti di Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt.

Lama rasanya aku x update blog. Belum berkesempatan. Pagi nie Breakfast nasi goreng, sausage, carrot cake,  milo panazz. Slurrp. Sodapp. Ditambah pulak ramai-ramai. 2 minggu ni adik aku Dayang Nadzirah stay kat rumah, meriahla skit daripada hari-hari sebelum. Dapatlah bercerita panjang, cerita hal dulu2 dan sekarang.....lucu pun ada ^^.

Hari ni jgk hari yang bz..biasalah aktiviti mengemas rumah di hujung minggu. lepas ja breakfast....aktiviti seterusnya ialah Vacuum rumah yang rasanya bulih tahan jgk habuk..especially bawa sofa...kaw2 pun habuk. hehehe...plus dengan mainan Aqil+Aqilah yang dah masuk 4 bakul...ikut hati nak buang ja...tapi last2 sayang nak buang....:P,  Lepas Vacuum pula Mop Lantai dari dapur hingga la ke ruang Tamu....barulah nampak berkilat skit lantai aku nie....ehhehe...Bila dah start mengemas mulalah mata nie x tahan tengok kotor skit...aku sambung plak dengan lap Kabinet TV dan Cermin Sliding Door....Fuh pecah peluh betul hari nie.


Dah setel semua baru hati senang skit tgk rumah. tu baru tingkat bawah yer..tingkat atas belum lagi..ermm yg tu petang2 skit la pulak..memandangkan petang nie x balik kg. Oklah yer tu ja entri kali nie..see ya next entry ^ ^

Sunday, 5 June 2011

Time bersama keluarga

Assalamualaikum Wbt.

Minggu nie adalah minggu bersama keluarga dari KK. Banyak perancangan kononnya minggu nie..harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Apply cuti > sudah kena approve . Thanks Boss! Hujung minggu ni mau pigi Taiping pulak..Lepas tu pigi KL (ada urusan sket) ... Anak-anak tersayang...sila behave semua ya...

See Yaa Next time...Adioss...!

Saturday, 28 May 2011

Sakit tidak mengira masa

Assalamualaikum Semua.

Pagi Sabtu yang indah ini mau kongsi cerita mengenai menjaga anak yang sakit. Anak aku no. 2 Muhammad Aqil tiba-tiba demam selsema la pulak. Bab cerita anak sakit nie memang x tidur malam la jawabnya. Rasa lama sudah Aqil nie x sakit. Sejak 3 bulan yg lalu. bila kena nie mulala susah hati. Semalam Aqil terjaga pukul 4 pagi badan sangat panas. tanpa buang masa aku ambil ubat cucuk punggung dan basahkan kepala dengan air yang banyak. makan ubat? cukup susah...Selain tu aku sapukan jugak minyak zaitun (minyak ni banyak kegunaannya). Bila sakit nie satu lagi Aqil akan nangis saja. sekejap minta dukung, sekejap baring, sekejap mau susu sekejap x mau. Bab dukung aku surrender, biarlah papa dia yang dukung..bukan apa x larat dukung lama2 berat...

Dari pukul 4 pagi aku x dpt lelapkan mata..Aqil pula x mau tidur...x selesa dgn badan yang panas dan hidung pun tersumbat. Bila hampir subuh barulah mata nie sangat gantuk dan Aqil baru nak tidur....dan pagi ini Alhamdulilah badan dah tak panas macam semalam...Syukur! harap petang jap lagi atau malam nie sudah x demam lagi...

Sunday, 22 May 2011

Jamuan Negeri

Baru-baru ni berpeluang menghadiri Majlis Jamuan Negeri di Istana Anak Bukit. Aku jarang jugaklah pigi dinner2 nie. sekali dua dlm setahun ja pun. Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar. Cuma makanan agak kurang (main course) yang lain2 boleh tahan la. Time-time mcm ni barulah berjumpa dengan isteri-isteri kawan2 husband. ada yang baru jumpa. ada yang biasa jumpa. Staff2 X-Office pun jumpa jgk yang mana bertugas di bahagian protokol. Saja mau share beberapa keping gambar yang di ambil...

 Roti 1 kemestian. Bab roti nie lapar punya pasal geng2 kcs yang lapar tu habiskan 2 basket roti yang ada atas meja. top up pula 2 basket lain. hahaha. perut biasa makan nasi kan...



Ini pulak menu husband (bleh request nak ikan or ayam coz main course durang serve daging)



Inila menu aku makan malam tue..boleh dihabiskan sebab lapar. tapi  rasa x berapa sgt laa. :p


Desert last course....kalau ikut selera,  aku bagi rating  sederhana ja la. :p



Tadaa...gambar kenangan bersama husband. time ni Agong dan Sultan sudah berangkat. saja snap gambar di area depan Agong dan Sultan duduk makan.