Wednesday 4 May 2011

Kisah Anak-anak ku

Assalamualaikum Wbt.

Lama betul x update blog ni sejak sebulan yang lalu...petang-petang ni tetiba jak mau update blog hehehe. Saja nak share cerita tentang anak-anak kesayangan. Membesarkan anak-anak ni aku rasa suatu amanah yang begitu berat, bagi aku la. Yalah mau jadikan mereka ni anak-anak yang soleh dan solehah mengikut acuan yang betul. Semua ibubapa nak macam tu kan? termasuklah aku nie. Sehari hari membesarkan anak2 pagi petang siang malam layan keletah diorang nie... Nur Aqilah Husna anak sulungku, bagi aku dia seorang yang pemalu (ada ciri2 mama nya...hehe). Adiknya pula Muhammad Aqil seorang yang agak agresif (yalahkan anak lelaki).

Kakak dan Adik di rumah arwah Tok Nek (Aqil tengah makan Ais)

Sungguhpun mcm tu bagi kakak Aqilah (yang mula mengerti) aku rasa pendekatan dengan cara bercerita dan memberi penerangan adalah cara yang berkesan untuk bagi dia faham...mengapa sesuatu tu kena mcm ni, kena mcm tue etc...berbanding dengan cara marah2 dengan suara keras nie (yalah aku ni kadang2 tu tahap kesabaran hilang jgk..hehehe..)

Bagi adik pulak...masih kecil lagi....x faham apa2..asyik ikut ja apa orang cakap....cakap benda2 basic bulihla.."nak susu", panggil ..."papa".."mama"..."kakak"..."nak ikut"...dan beberapa perkataan lain lagilah...bila balik dari keja tgk anak2 ni kepenatan hilang..tapi ada masa rasa x larat sangat dgn barang2 yang diselerakkan...lumrah biasa bagi ibubapa membesarkan anak2...;)

Apapun Thanks kepada Husband yang banyak membantu dikala diriku dihimpit kemarahan dan kepenatan....u know me ! :p
Okayla yer....rasa tu ja stakat ini....akan bersiaran lagi di lain hari dan waktu.... bila ada keinginan dan idea untuk menulis......Adiosss!!



3 comments:

  1. anak lelaki...lagi agresif...lagi mahal youu...hehehe. Asal sihat..itu pun dah alhamdulillah norm.

    ReplyDelete
  2. Norm...camna buat shoutbox tu? ajar jap...tq.

    ReplyDelete
  3. tu la kan.. ngan anak2 ni.. kdng2 hilang sabar...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda