Friday, 1 July 2011

Taiping & Bukit Merah

Cuti Israk Mikraj baru-baru ni aku pegi rumah adik Dayang Nadzirah di Taiping...hantar dia balik dan kami pun nk berjalan jugak...lama x pegi rumah dia...so bermalam la kat rumah dia 1 mlm. esoknya on the way balik kami singgah Bukit Merah..bawak budak2 ni mandi manda...x ramai orang..so best la mandi..kebetulan pula terjumpa Puan Azni and da geng pejabat (Zon 5) ...

Yang terlebih excited anak2 la..sehari sebelum asyik tanya saja trutamanya c kakak...penat menjawab.


Inila muka-muka anak2 ku yang tengah seronok..tgk muka Aqil yang kepenatan tu..2 kali muntah la juga..apa nda terminum air, nak pegang dia x mau...tgk dahi yang lebam tu..tu pun sbb jatuh 4 hari lepas..terkena pintu  rumah..kes berlari x mau buka baju nk mandi...Sabar ja la...

Friday, 24 June 2011

Aktiviti di Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt.

Lama rasanya aku x update blog. Belum berkesempatan. Pagi nie Breakfast nasi goreng, sausage, carrot cake,  milo panazz. Slurrp. Sodapp. Ditambah pulak ramai-ramai. 2 minggu ni adik aku Dayang Nadzirah stay kat rumah, meriahla skit daripada hari-hari sebelum. Dapatlah bercerita panjang, cerita hal dulu2 dan sekarang.....lucu pun ada ^^.

Hari ni jgk hari yang bz..biasalah aktiviti mengemas rumah di hujung minggu. lepas ja breakfast....aktiviti seterusnya ialah Vacuum rumah yang rasanya bulih tahan jgk habuk..especially bawa sofa...kaw2 pun habuk. hehehe...plus dengan mainan Aqil+Aqilah yang dah masuk 4 bakul...ikut hati nak buang ja...tapi last2 sayang nak buang....:P,  Lepas Vacuum pula Mop Lantai dari dapur hingga la ke ruang Tamu....barulah nampak berkilat skit lantai aku nie....ehhehe...Bila dah start mengemas mulalah mata nie x tahan tengok kotor skit...aku sambung plak dengan lap Kabinet TV dan Cermin Sliding Door....Fuh pecah peluh betul hari nie.


Dah setel semua baru hati senang skit tgk rumah. tu baru tingkat bawah yer..tingkat atas belum lagi..ermm yg tu petang2 skit la pulak..memandangkan petang nie x balik kg. Oklah yer tu ja entri kali nie..see ya next entry ^ ^

Sunday, 5 June 2011

Time bersama keluarga

Assalamualaikum Wbt.

Minggu nie adalah minggu bersama keluarga dari KK. Banyak perancangan kononnya minggu nie..harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Apply cuti > sudah kena approve . Thanks Boss! Hujung minggu ni mau pigi Taiping pulak..Lepas tu pigi KL (ada urusan sket) ... Anak-anak tersayang...sila behave semua ya...

See Yaa Next time...Adioss...!

Saturday, 28 May 2011

Sakit tidak mengira masa

Assalamualaikum Semua.

Pagi Sabtu yang indah ini mau kongsi cerita mengenai menjaga anak yang sakit. Anak aku no. 2 Muhammad Aqil tiba-tiba demam selsema la pulak. Bab cerita anak sakit nie memang x tidur malam la jawabnya. Rasa lama sudah Aqil nie x sakit. Sejak 3 bulan yg lalu. bila kena nie mulala susah hati. Semalam Aqil terjaga pukul 4 pagi badan sangat panas. tanpa buang masa aku ambil ubat cucuk punggung dan basahkan kepala dengan air yang banyak. makan ubat? cukup susah...Selain tu aku sapukan jugak minyak zaitun (minyak ni banyak kegunaannya). Bila sakit nie satu lagi Aqil akan nangis saja. sekejap minta dukung, sekejap baring, sekejap mau susu sekejap x mau. Bab dukung aku surrender, biarlah papa dia yang dukung..bukan apa x larat dukung lama2 berat...

Dari pukul 4 pagi aku x dpt lelapkan mata..Aqil pula x mau tidur...x selesa dgn badan yang panas dan hidung pun tersumbat. Bila hampir subuh barulah mata nie sangat gantuk dan Aqil baru nak tidur....dan pagi ini Alhamdulilah badan dah tak panas macam semalam...Syukur! harap petang jap lagi atau malam nie sudah x demam lagi...

Sunday, 22 May 2011

Jamuan Negeri

Baru-baru ni berpeluang menghadiri Majlis Jamuan Negeri di Istana Anak Bukit. Aku jarang jugaklah pigi dinner2 nie. sekali dua dlm setahun ja pun. Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar. Cuma makanan agak kurang (main course) yang lain2 boleh tahan la. Time-time mcm ni barulah berjumpa dengan isteri-isteri kawan2 husband. ada yang baru jumpa. ada yang biasa jumpa. Staff2 X-Office pun jumpa jgk yang mana bertugas di bahagian protokol. Saja mau share beberapa keping gambar yang di ambil...

 Roti 1 kemestian. Bab roti nie lapar punya pasal geng2 kcs yang lapar tu habiskan 2 basket roti yang ada atas meja. top up pula 2 basket lain. hahaha. perut biasa makan nasi kan...



Ini pulak menu husband (bleh request nak ikan or ayam coz main course durang serve daging)



Inila menu aku makan malam tue..boleh dihabiskan sebab lapar. tapi  rasa x berapa sgt laa. :p


Desert last course....kalau ikut selera,  aku bagi rating  sederhana ja la. :p



Tadaa...gambar kenangan bersama husband. time ni Agong dan Sultan sudah berangkat. saja snap gambar di area depan Agong dan Sultan duduk makan. 



Wednesday, 18 May 2011

Nasi Ayam

Hari nie nak share masakan yang julung-julung kali aku pernah masak. Guess what? Nasi Ayam resepi Mursyidah Mahjuddin! hehehe...terima kasih daun keladi..next time bagi resepi lain lagi..:P. Dulu aku ingatkan masak nasi ayam ni macam remeh dan susah. Sekarang? perspektif itu sudah berobah...hehehe...dulu zaman aku belasan tahun mmg kerja memasak ni benda biasa..tapi aku rasa agak berbeza dengan sedikit dengan masakan sebelah semenanjung nie. Di Sabah masakan simple dan x pedas. di sini especially Utara....masakannya penuh dengan herbs+pedas+banyak ulam-ulaman...dan aku memang suka variasi itu...sehinggakan mempengaruhi gaya masakanku di dapur.

kalau di KK masakan sangat simple benda yang wajib ada di meja hidangan adalah sayur dan lauk(ikan, ayam, daging) yang selalunya 1 jenis sahaja tetapi kuantiti yang banyak. Al maklumlah adik beradik ramai. Kalau di sini masakan pelbagai tetapi kuantiti setiap jenis masakan tu sedikit. tapi tetap cukup untuk dimakan sekeluarga.

Inilah Nasi Ayam (nasi tertinggal plak tak capture) air tanganku yang tak seberapa ini. Yang penting sekeluarga makan dengan licin harharhar..Yessza!

Wednesday, 4 May 2011

Kisah Anak-anak ku

Assalamualaikum Wbt.

Lama betul x update blog ni sejak sebulan yang lalu...petang-petang ni tetiba jak mau update blog hehehe. Saja nak share cerita tentang anak-anak kesayangan. Membesarkan anak-anak ni aku rasa suatu amanah yang begitu berat, bagi aku la. Yalah mau jadikan mereka ni anak-anak yang soleh dan solehah mengikut acuan yang betul. Semua ibubapa nak macam tu kan? termasuklah aku nie. Sehari hari membesarkan anak2 pagi petang siang malam layan keletah diorang nie... Nur Aqilah Husna anak sulungku, bagi aku dia seorang yang pemalu (ada ciri2 mama nya...hehe). Adiknya pula Muhammad Aqil seorang yang agak agresif (yalahkan anak lelaki).

Kakak dan Adik di rumah arwah Tok Nek (Aqil tengah makan Ais)

Sungguhpun mcm tu bagi kakak Aqilah (yang mula mengerti) aku rasa pendekatan dengan cara bercerita dan memberi penerangan adalah cara yang berkesan untuk bagi dia faham...mengapa sesuatu tu kena mcm ni, kena mcm tue etc...berbanding dengan cara marah2 dengan suara keras nie (yalah aku ni kadang2 tu tahap kesabaran hilang jgk..hehehe..)

Bagi adik pulak...masih kecil lagi....x faham apa2..asyik ikut ja apa orang cakap....cakap benda2 basic bulihla.."nak susu", panggil ..."papa".."mama"..."kakak"..."nak ikut"...dan beberapa perkataan lain lagilah...bila balik dari keja tgk anak2 ni kepenatan hilang..tapi ada masa rasa x larat sangat dgn barang2 yang diselerakkan...lumrah biasa bagi ibubapa membesarkan anak2...;)

Apapun Thanks kepada Husband yang banyak membantu dikala diriku dihimpit kemarahan dan kepenatan....u know me ! :p
Okayla yer....rasa tu ja stakat ini....akan bersiaran lagi di lain hari dan waktu.... bila ada keinginan dan idea untuk menulis......Adiosss!!